Sunday, 14 October 2012

PENGENALAN


Program Khemah Ibadat ini merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi pelajar Sekolah Rendah dan Menengah mengisi masa lapang ketika cuti persekolahan. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat di kalangan pelajar diawal usia. Pelaksanaan seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan pelajar.

 MATLAMAT

Khemah Ibadat dengan tema ” Seawal Agama Mengenal Allah ” ini dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar tidak kira usia mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat. Selain itu, memberi kesedaran dan keinsafan diri kepada setiap insan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta-Nya.


 OBJEKTIF

 Mengenal Allah swt sebagai zat yang Maha Esa.
  1. Menggalakkan kita sebagai manusia khusyuk dan seronok beribadat.
  2. Menerapkan kehidupan beribadat sebagai Muslim sejati.
  3. Menanam rasa kasih sayang peserta kepada Allah S.W.T., ibu bapa dan Negara.
  4. Menanam kesedaran dan kefahaman dalam diri peserta dalam mencapai martabat anak soleh dan solehah
  5. Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang muslim
  6. Memberi kefahaman akan kepentingan ibadah dalam kehidupan
  7. Mendedahkan kaedah solat yang betul dan rahsia di sebalik suruhan Allah S.W.T.
  8. Membentuk daya tahan dan benteng diri dari gejala sosial
  9. Membentuk sahsiah diri sebagai insan yang cemerlang dalam semua aspek di dunia dan akhirat.
  10. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan
  11. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai ibadat yang wajib dalam kehidupan harian
  12. Memberi pendedahan kepada murid  tentang cara solat yang sempurna sama ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah


PENGISIAN PROGRAM

  • Bengkel

- Pembinaan Kumpulan Terhebat

- Membina Matlamat dalam Kehidupan sebagai Remaja Muslim,

- Persahabatan dalam Islam

- Pengukuhan Wudhu dan Solat

- Mengukir Peribadi Rasulullah saw

  • Team Building
  • Halaqah
  • Tadarus Al-Quran
  • Solat Berjemaah
  • Beriadah dan Jungle Tracking
  • Laman Nurani

- Mengenal Diri Mengenal Allah

- Kepentingan Ilmu Pengetahuan

- Jom Kenali Islam

- Peranan Remaja dalam Memajukan Ummah
 
PENGENDALI PROGRAM:-

 

 
Program akan dikendalikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Sabri Abd Rani, Master Trainer, Perunding Fokus Budi.
Profail Penceramah
 
Mendapat pendidikan awal dari Kolej Sultan Abd. Hamid, Alor Setar. Beliau kemudian meneruskan pengajian dalam bidang agama di SMA Makarimul Akhlak, Langgar, Kedah, Pondok Pasir Tumbuh dan Pondok Bunut Payong, Kelantan bagi mendalami ilmu agama Islam. Selepas pengajian tersebut beliau, kemudianya mengajar dibeberapa buah sekolah sebagai Guru Agama.
 
Kesungguhan, keserasian serta minat untuk mempelopori lebih jauh lagi bidang ilmu agama akhirnya membawa beliau meneruskan pengajian ke Universiti Borobudur, Indonesia untuk mendapat Ijazah dalam Syariah dan Dakwah.
 
Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui sebuah syarikat penerbitan majalah sebagai Pengarah Urusan. Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya beliau untuk mempelajari sebelok-belok perniagaan, pengurusan dan pengeluaran. Pengalaman berkhidmat sebagai pemimpin telah banyak memberi pengalaman sebagai seorang Ilmuan Islam dalam mengaplikasikanya ilmunya ke dalam dunia korporat . Pengalamannya dalam menguruskan pekerja, kehendak pelanggan dan persekitaran perniagaan yang kompetitif telah membina kreadibiliti beliau sebagai seorang penceramah. Selepas 3 tahun meneraju syarikat tersebut, beliau kemudianya meneruskan semula pengajian di Universiti Borobudur, Indonesia di peringkat Sarjana Pengurusan Sumber Manusia.
 
Bermula dari itu, beliau telah bertekad untuk menyampaikan seruan Islam dalam bentuk yang lebih menarik, realistik dan holistik. Disamping itu beliau juga banyak mengendalikan serta menghadiri kursus-kursus jangka pendek di Mesir, Jordan, Turki, USA, UK, Perancis, Belanda, Australia dan sekitar Negara-negara Asean.
 
Di Malaysia pula, beliau terlibat dengan program-program pembentukan keluarga cemerlang di Johor. Pada 2002 beliau telah bersama PEMADAM mengisi program-program remaja di Sarawak. Pada masa yang sama beliau juga terlibat dalam program yang dianjurkan oleh CELCOM iaitu IHYA Ramadan (Program Khas Bagi Banduan-Banduan di Penjara Malaysia). Pengalamannya juga turut dikongsi bersama remaja-remaja bermasalah di Singapura bersama Ministry of Home Affairs Singapura.
 
Bermula dari tahun 2004 , modul dan pendekatan beliau yang dinamik telah menarik minat pelbagai setor kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan seperti Malaysian Airlines System(MAS), KTMB, NorthPort, UNIKL,UMT, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Akademi Imigresen, ATM, INSPEN, PERKIM, Lembaga Zakat Selangor dan FELCRA.
 
Pengkhususan beliau dalam pengendalian kursus latihan adalah seperti ; Pengukuhan Kerjaya, Program Keluarga Harmoni, Program Remaja, Pengurusan Masa, Pengurusan Stress dan Seni Kepimpinan Keluarga.
 
GALERI GAMBAR PENCERAMAH
 
 

 
 

No comments:

Post a Comment