Program Khemah Ibadat ini merupakan satu bentuk
aktiviti ko-kurikulum bagi pelajar Sekolah Rendah dan Menengah mengisi masa
lapang ketika cuti persekolahan. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat di kalangan pelajar
diawal usia. Pelaksanaan seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan
ajaran al-Quran dan al-Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai
latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan pelajar.
MATLAMAT
Khemah Ibadat dengan tema ” Seawal Agama Mengenal Allah ” ini
dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar tidak kira usia mendapat pendedahan
serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna
dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat. Selain itu,
memberi kesedaran dan keinsafan diri kepada setiap insan untuk mendekatkan diri
kepada Pencipta-Nya.
OBJEKTIF
Mengenal Allah swt sebagai zat yang Maha Esa.
- Menggalakkan kita sebagai manusia khusyuk dan seronok
beribadat.
- Menerapkan kehidupan beribadat sebagai Muslim sejati.
- Menanam rasa kasih sayang peserta kepada Allah S.W.T., ibu bapa
dan Negara.
- Menanam kesedaran dan kefahaman dalam diri peserta dalam
mencapai martabat anak soleh dan solehah
- Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri
seorang muslim
- Memberi kefahaman akan kepentingan ibadah dalam kehidupan
- Mendedahkan kaedah solat yang betul dan rahsia di sebalik
suruhan Allah S.W.T.
- Membentuk daya tahan dan benteng diri dari gejala sosial
- Membentuk sahsiah diri sebagai insan yang cemerlang dalam semua
aspek di dunia dan akhirat.
- Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat
yang betul berdasarkan rukun
dan syarat-syarat yang telah ditetapkan
- Menanam
sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai ibadat yang wajib
dalam kehidupan harian
- Memberi
pendedahan kepada murid tentang
cara solat yang sempurna sama ada solat secara bersendirian ataupun
berjemaah
PENGISIAN
PROGRAM
- Pembinaan Kumpulan Terhebat
- Membina Matlamat dalam Kehidupan sebagai Remaja
Muslim,
- Persahabatan dalam Islam
- Pengukuhan Wudhu dan Solat
- Mengukir Peribadi Rasulullah saw
- Team
Building
- Halaqah
- Tadarus
Al-Quran
- Solat
Berjemaah
- Beriadah
dan Jungle Tracking
- Laman
Nurani
- Mengenal Diri Mengenal Allah
- Kepentingan Ilmu Pengetahuan
- Jom Kenali Islam
- Peranan Remaja dalam Memajukan Ummah
PENGENDALI PROGRAM:-
Program
akan dikendalikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Sabri Abd Rani, Master Trainer, Perunding
Fokus Budi.
Profail Penceramah
Mendapat pendidikan awal dari Kolej Sultan Abd. Hamid, Alor Setar. Beliau kemudian meneruskan pengajian dalam bidang agama di SMA Makarimul Akhlak, Langgar, Kedah, Pondok Pasir Tumbuh dan Pondok Bunut Payong, Kelantan bagi mendalami ilmu agama Islam. Selepas pengajian tersebut beliau, kemudianya mengajar dibeberapa buah sekolah sebagai Guru Agama.
Kesungguhan, keserasian serta minat untuk mempelopori lebih jauh lagi bidang ilmu agama akhirnya membawa beliau meneruskan pengajian ke Universiti Borobudur, Indonesia untuk mendapat Ijazah dalam Syariah dan Dakwah.
Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui sebuah syarikat penerbitan majalah sebagai Pengarah Urusan. Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya beliau untuk mempelajari sebelok-belok perniagaan, pengurusan dan pengeluaran. Pengalaman berkhidmat sebagai pemimpin telah banyak memberi pengalaman sebagai seorang Ilmuan Islam dalam mengaplikasikanya ilmunya ke dalam dunia korporat . Pengalamannya dalam menguruskan pekerja, kehendak pelanggan dan persekitaran perniagaan yang kompetitif telah membina kreadibiliti beliau sebagai seorang penceramah. Selepas 3 tahun meneraju syarikat tersebut, beliau kemudianya meneruskan semula pengajian di Universiti Borobudur, Indonesia di peringkat Sarjana Pengurusan Sumber Manusia.
Bermula dari itu, beliau telah bertekad untuk menyampaikan seruan Islam dalam bentuk yang lebih menarik, realistik dan holistik. Disamping itu beliau juga banyak mengendalikan serta menghadiri kursus-kursus jangka pendek di Mesir, Jordan, Turki, USA, UK, Perancis, Belanda, Australia dan sekitar Negara-negara Asean.
Di Malaysia pula, beliau terlibat dengan program-program pembentukan keluarga cemerlang di Johor. Pada 2002 beliau telah bersama PEMADAM mengisi program-program remaja di Sarawak. Pada masa yang sama beliau juga terlibat dalam program yang dianjurkan oleh CELCOM iaitu IHYA Ramadan (Program Khas Bagi Banduan-Banduan di Penjara Malaysia). Pengalamannya juga turut dikongsi bersama remaja-remaja bermasalah di Singapura bersama Ministry of Home Affairs Singapura.
Bermula dari tahun 2004 , modul dan pendekatan beliau yang dinamik telah menarik minat pelbagai setor kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan seperti Malaysian Airlines System(MAS), KTMB, NorthPort, UNIKL,UMT, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Akademi Imigresen, ATM, INSPEN, PERKIM, Lembaga Zakat Selangor dan FELCRA.
Pengkhususan beliau dalam pengendalian kursus latihan adalah seperti ; Pengukuhan Kerjaya, Program Keluarga Harmoni, Program Remaja, Pengurusan Masa, Pengurusan Stress dan Seni Kepimpinan Keluarga.
GALERI GAMBAR PENCERAMAH